-->
Taman-taman syurga

TIPS DARI BONDA

SELAMAT DATANG KE TAMAN SYURGA

Assalamualaikum anak-anak bonda yang dikasihi,
Hidup ini ibarat roda. sesekali kita di atas sesekali kita di bawah. Tetapi Allah SWT sentiasa memberi kita harapan dan cahaya serta peluang untuk memperbaiki diri. Walau bagaimanapun situasi kita, yakinlah bahawa JANJI Allah SWT itu benar. Jadi, jangan risau dan khuatir jika kita pernah terjerumus ke lembah kejahatan, peluang taubat terbuka luas, seluas langit yang tidak bertepi dan selagi kita tidak mensyirikkan Allah SWT, pasti syurga itu menjadi milik semua umat Islam. Di laman ini, bonda akan kemukakan tips-tips bagaimana mahu memperbaiki diri agar mampu menjadi insan yang sentiasa dalam redha Ilahi.

Sunday, March 3, 2013

MAKNA KEJAYAAN

Assalamualaikum wtwt
Anak-anak bonda yang dirindui. Lama rasanya tidak menjengah laman ini lantaran kesibukan yang tidak terperi.

Bagaimana dengan perkembangan pelajaran dan kerjaya anak-anak? Bonda doakan semoga semuanya success, insya'Allah. Semoga kejayaan milik kita semua. Tapi anak-anak bonda, ingatkah apa maksud kejayaan??

Kita sering dipesani oleh ibu bapa agar "BELAJAR RAJIN-RAJIN" kalimah keramat yang kadang jemu untuk mendengarnya. Tetapi tahukah anak-anak bahawa kalimah itu adalah doa mulus dari seorang ibu yang dititip dalam setiap langkah anak-anak sekembalinya ke alam persekolahan sama ada sekolah menengah atau di IPT. Doa yang tidak pernah putus dari lidah, hati dan mindanya.

Doa adalah senjata paling mustajab untuk anak-anak. Allah SWT pernah berjanji, Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu. Itulah janji-janji Allah yang perlu kita gunakan sebagai senjata paling tajam untuk menentukan kejayaan kita. Oleh itu anak-anak jangan jemu berdoa dan mengharap kasih dan rahmah Allah. Mudah-mudahan dengan doa yang ikhlas dari hati kita kepada Allah, akan menjadi kekuatan untuk kita meneruskan perjalanan ilmu.

Perjalanan ilmu bukan mudah. ia memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani. Tanpa kekuatan ini, bila-bila masa kita akan rebah. tanpa kekuatan ini, bila-bila masa kita akan putus asa. Tanpa kekuatan ini, bila-bila masa kita akan jemu dan perjalanan menuju ilmu mula kesasar dari arahnya. Jangan begitu anak-anak bonda. Berhenti dulu! Lihat kiri dan kanan. Lihat persekitaran. berapa ramai anak-anak muda yang kecundang dalam perjalanan ilmu. Apa yang mereka lakukan? Allah berfirman yang bermaksud, adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? 

masih ada masa lagi untuk U-TURN kembali ke pangkal jalan. Cari jalan di mana ia bermula dan mulakan kembali langkah menuju ilmu. Kumpul sebanyak mana kekuatan dengan doa yang paling luhur. Insya'Allah kejayaan adalah milik kita. tapi anak-anak, berdoa saja tidak mampu mengubah nasib kita. Selepas berdoa perlu diiringi dengan usaha. Kejar dan perolehi sebanyak mana ilmu yan diingini dengan kesungguhan dan ketekunan. Doa lagi agar dibukakan hati untuk mudah menerima ilmu dan doa lagi untuk dibukakan minda agar mengingati fakta dan data serta kefahaman yang jelas tentang ilmu yang memberi manfaat dalam hidup kita. Doa lagi agar kejayaan adalah milik kita selamanya - BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT.

# Jom dapatkan pointer 3.65 ke atas.... semoga kita semua memiliki kejayaan ini.
Ya Allah, kurniakan kepada kami kejayaan dalam menuntut ilmu. Beri kami kefahaman yang baik dan berikan kepada kami ilmu yang bermanfaat. Berikan kepada kami kekuatan untuk meneruskan perjalanan ilmu ini. Amin ya Rabb....
Posted by NOR RAUDAH HJ SIREN at 7:56 PM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Cari apa di Taman ini sayang!

PUISI KASIH BONDA

Bila seorang bonda mendekati anaknya
Senyum mulusnya penuh kasih dan rindu
Suaranya penuh hikmat dan pesanan
Belaian tangannya adalah harapan dan doa
Pelukannya adalah kesyukuran pada amanah Allah

Bila seorang bonda mengungkap bicara
ajaran kebaikan jadi pilihan
ajaran jahat jadi sempadan
di hatinya sungai mengalir jernih dan dingin
mahu melihat anak-anak berjaya
menongkah arus merentas onak
menuju redha Ilahi

Bila seorang bonda menadah tangan
doanya hanya untuk anak tercinta
"Ya Allah, selamatkan anak-anakku dari kejahatan dunia"
"Ya Allah, bimbinglah anak-anakku menuju syurga-Mu"

Kasih bonda tidak bertepi
juga tidak bertali
kasihnya sejati

Anak-anak bonda
lihatlah wajah bonda
selagi masih boleh ditatap
kerana SUATU HARI
Rindu akan merentap
Bila bonda hanya dalam kenangan...

Senarai TIPS

  • ►  2022 (5)
    • ►  April (5)
  • ▼  2013 (1)
    • ▼  March (1)
      • MAKNA KEJAYAAN
  • ►  2012 (5)
    • ►  August (4)
    • ►  May (1)

Nak ilmu lain, singgah ke sini!

  • Institute Dr Raudah
    PELANCARAN BUKU ANTOLOGI CERPEN KANAK-KANAK DAN ANTOLOGI CERPEN SAUDAGAR KOPI
    6 months ago
  • taman-taman syurga
    MAKNA KEJAYAAN
    13 years ago
  • PENULIS DA'IE
    PENGENALAN PENULISAN DAKWAH
    13 years ago
  • Media Cetak Dakwah
    KULIAH 1: PENGENALAN PENERBITAN MEDIA CETAK
    16 years ago
  • TEKNIK PENULISAN
    KULIAH 10: KEBERKESANAN PENULISAN ILMIAH
    16 years ago
  • SUARAKU UNTUK DA'IEKU
    kuliah 11 Penerbitan Laman Web
    17 years ago
  • gengdakwah.info - Geng Dakwah PBJJ UKM Bangi Intake 2009/2010
  • ISU-ISU MEDIA SEMASA

Siapa singgah di taman ini...

About Me

My photo
NOR RAUDAH HJ SIREN
Lahir di Sabak Bernam, Selangor. Bersekolah di Sek. Keb. Batu 38, Sabak Bernam, Selangor dan menyambung alam menengah di Sekolah Agama Menengah Tinggi, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SAMTS), Batu 38, Sabak Bernam. Selepas STPM, meneruskan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Media sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Kini, bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Bidang pengajaran dan kajian ialah media dakwah dan penulisan. Kini sedang mencari ilmu-ilmu dakwah dengan mengikuti pengajian jarak jauh di Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan)
View my complete profile

KELUARGA BAHAGIA

KELUARGA BAHAGIA
Indahnya dalam taman syurga ini..
[close]
Picture Window theme. Powered by Blogger.